Saturday, September 16, 2006

My Heart-Irwansyah & Acha

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Korus:

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If we love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart...

Thursday, September 14, 2006

Lawatan Ke Majlis Sukan Negara







lawatan ini berlagsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 september 2006..tujuan kami ke sana ialah untuk mengetahui lebih lanjut mata pelajaran sains sukan.. kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan sampai disana pada jam 2.00 petang.. setelah diberi taklimat pendek oleh pegawai disitu kami dibawa melawat ke seluruh bangunan MSN dan ISN.. Disitu kami terserempak denga ramai atlet salah satunya Nurul Fatihah Atlet Gimnastik Negara..Ketika itu dia sedang menjalani latihan.. k nnti sy akan sambung lagi..

Mengapakah kita perlu berperang?

Mengapakah kita perlu berperang?

Peperangan hanya akan membawa kesengsaraan kepada semua kehidupan di bumi. Demi memenangi peperangan ini, manusia telah mencipta senjata-senjata yang berkuasa seperti bom nuklear. Manusia mengunakan bom yang begitu kejam untuk dapatkan kemenangan, tetapi, di sebalik kejadian ini, adakah mereka terfikir akan akibatnya mereka menggunakan senjata ini?

Sebagai contoh, Hiroshima, merupakan bandar raya utama bagi negara Jepun. Pada 6 hari, bulan 8, 1945. Amerika Syarikat telah mengugurkan bom nuklear ke atasnya. Akibat daripada kejadian itu, seramai 15 ribu orang terbunuh dan 75 peratus bangunan teruk dimusnahkan. Jadi, tidak kiralah kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua, mereka yang tidak berdosa semuanya telah terbunuh. Selain itu, peperangan di Iraq pada tahun 1991 telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak lagi subur dan binatang ternakan sering diserang penyakit yang tidak dapat dikesan.

Cuma ini saja ke jalan penyelesaian? Terlalu ramai nyawa manusia yang terkorban demi masa depan yang kita impikan, inikah keadilan? Takkan kita masih tidak sedar akan akibatnya daripada peperangan yang tidak berpalahan ini? Kita semua mungkin boleh hidup, tanpa perlu menanggung derita peperangan, tetapi kita telah memilih jalan itu untuk berperang. Semua itu untuk siapa? Untuk melindungi? Untuk apa? Untuk diri sendiri? Untuk masa depan? Masa depan yang diperoleh dengan sebegitu banyak pengorbanan, itukah masa depan yang kita impikan? Mereka yang telah terkorban dalam peperangan, bagaimana pula dengan masa depan mereka? Adakah berperang demi masa depan yang kita impikan, hanya boleh dicapai dengan tangan yang berlumuran dengan darah, itukah hakikatnya? Mengapa kita masih tidak sedar lagi akan perbuatan kita yang tidak berperikemanusiaan ini? Berapa ramai lagi yang perlu dikorbankan?

Demi mencari kehidupan yang kita impikan, manusia telah menggunakan senjata yang begitu kejam untuk dapatkan kemenangan, adakah itu patut? Semua yang tidak berdosa, telah terbunuh. Disebabkan peperangan, kawan telah menjadi musuh, hubungan yang begitu rapat sekalipun terpaksa dipisahkan. Disebabkan peperangan, mereka yang tidak berdosa, terpaksa dikorbankan! Jadi mengapa? Mengapa kita masih nak berperang lagi? Kita masih perlu berusaha sampai bila, barulah peperangan ini boleh ditamatkan?!!
Adakah semua ini berpunca daripada senjata? Ataupun keangkuhan diri manusia sendiri?

Sebagai contoh: Jika kita telah membunuh seseorang,
Ibubapa kepada orang itu pasti akan bencikan kita,
Sebaliknya, jika kamu telah dibunuh,
Takkanlah ibubapa kamu tidak benci akan orang itu?

Jadi, apabila kita telah saling bunuh sesama sendiri, peperangan hanya akan menjadi semakin sukar untuk ditamatkan. Peperangan membawa kesengsaraan kepada manusia dan menyebabkan manusia saling bunuh-membunuh, jika itulah hakikatnya, kenapalah kita tidak tamatkannya dan mencipta satu era yang aman damai?